Malaysia Boleh !!!!!
Setelah menanti selama 14 tahun, Malaysia akhirnya berjaya  muncul juara Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 menerusi agregat  4-2. Biarpun tewas 1-2 kepada Indonesia pada final kedua di Stadium Utama  Gelora Bung Karno di sini malam tadi, Malaysia telah menang 3-0 pada  final pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad lalu. Kejuaraan tersebut mengesahkan status Malaysia sebagai raja bola  sepak Asia Tenggara setelah saingan peringkat bawah 23 tahun iaitu Sukan  SEA turut dijuarai Malaysia di Laos pada 2009. Kecemerlangan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat  menyelamatkan sepakan penalti kapten Indonesia, Firman Utina pada  separuh masa pertama serta jaringan Mohd. Safee Mohd. Sali pada awal  babak kedua menjadi detik pengubah perlawanan malam tadi. 
"@" Terima kasih  untuk PM kita yang telah berikan cuti esok "@" 

 

Tiada ulasan:
Catat Ulasan