Follower

Khamis, 2 Disember 2010

 
Mesti ramai di antara anda yang berazam nak kuruskan badan, kan? Tapi, untuk menguruskan badan anda ke tahap ideal, ia bukanlah semudah yang disangka. Anda perlukan komitmen untuk merealisasikannya. Berikan diri anda ruang, masa dan usah cepat berputus asa. Anda pasti boleh!

Kalau anda beriya-iya nak kuruskan badan, sebaik-baiknya usahakannya secara semulajadi. Dengan menggabungkan 2 aspek iaitu pemakanan seimbang dan senaman yang konsisten. Biarpun hasilnya lambat sedikit, ianya pasti berbaloi.


Di bawah ini ada beberapa PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING


Petua 1 : Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

Petua 2 : Ambil 3 sudu besar teh cina dan rendam dalam  air. tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu maminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur. ATAU Selepas makan amalkan teh hijau atau teh cina tambah dengan serbuk kayu manis dan madu

Petua 3 : Untuk badan langsing selepas bersalain.
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut : Ambil 5 halia bara (Halia Cina), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis. Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makan lah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari Blog Ini