Follower

Selasa, 22 Februari 2011

METABOLISME


Hi kawan2 hari ni saya nak cerita sikit pasal “METABOLISME”
 
METABOLISME  berperanan membakar kalori ketika semua anggota badan 
melakukan aktiviti termasuklah ketika bernafas, proses penghadaman 
dan peredaran darah.
 
Semakin meningkat usia seseorang, semakin sukar untuk mengawal berat 
badan kerana berlaku perubahan pada tahap metabolisme badan.
 
Perubahan ini berlaku disebabkan penurunan tahap metabolisme melalui 
faktor umur, jantina, genetik, tekanan, dan juga jumlah senaman yang 
dilakukan oleh seseorang individu tersebut. 
 
Mereka yang mempunyai kurang lemak dalam badan, umumnya mempunyai 
metabolisme yang lebih tinggi.
 
Hari ini saya ingin berkongsi dengan dengan kawan2 berkenaan dengan
tips semulajadi untuk tingkatkan kadar metabolisme.
 
Sekiranya kawan2 mengimpikan untuk memiliki tubuh kurus 
tetapi sering bermasalah untuk mengurangkan berat badan, salah 
satu puncanya disebabkan anda mempunyai tahap metabolisme badan 
yang rendah. Oleh itu, tahap pembakaran kalori juga akan menjadi 
lebih perlahan.
 
Ada 6 cara-cara untuk meningkatkan kadar metabolisme badan iaitu :
 
1. Bersenam
2. Bersarapan pagi
3. Makan dengan lebih kerap
4. Minum air
5. Minum teh hijau
6. Mendapat rehat yang secukupnya
 
Kawan2 perlu jadikan aktiviti ini sebagai rutin harian anda 
supaya hasilnya, berat badan akan turun kawan2 semakin 
cergas dan bertenaga dalam melakukan sebarang kerja harian.

1 ulasan:

  1. dulu masa blaja metabolisme ix tinggi, bila lepas blaja ni makin slow la...tu yg bertambah saiz ni....hahhahha

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari Blog Ini