Follower

Selasa, 22 Mac 2011

SEGMEN : AKU BENCI ROKOK !!

 


 Amalan buruk merokok memang susah ditinggalkan, apatah lagi jika dikelilingi sahabat setia kaki rokok yang sedia menghulur jika kehabisan bekalan.sebenarnya.

Ramai perokok beranggapan merokok mampu memberi mereka ilham ketika bekerja atau memberi ketenangan apabila tertekan. Sebenarnya, semua ini adalah kesan psikologi yang terbentuk kerana keyakinan pada rokok itu dan disusuli dengan perbuatan merokok yang diulang berkali-kali.

Merokok selepas makan umpamanya, adalah suatu kebiasaan yang dilakukan hampir semua perokok. Bagi kebanyakan perokok, merokok selepas makan adalah suatu kemestian.

Di antara kesan sampingan merokok termasuklah :-

1.       Deria hidung kurang sensitif.
2.      Gigi mudah rosak manakala gusi mudah bengkak. Keadaan ini
         lambat laun boleh menyebabkan tisu tulang penyokong gigi
         termusnah dan akhirnya terpaksa dicabut.
3.      Kemujaraban atau keberkesanan sesuatu ubat yang digunakan
         untuk merawat sesuatu penyakit berkurangan sekiranya seseorang
         itu kerap merokok.
4.      Keupayaan fizikal dan mental terganggu.
5.      Jari dan gigi sering terstain warna coklat. Keadaan ini disebabkan
         oleh kesan tar dalam rokok yang boleh menyebabkan seseorang
         hilang keupayaan menghidu dan nafasnya berbau.
6.      Gangguan sistem gastrousus seperti ulser perut.
7.      Emfisima, asma dan penyakit sistem pernafasan lain.
8.      Penyakit jantung.
9.      Kanser larinks dan esofogus.

10.    Kanser paru-paru.

11.     Kanser pankreas.

Saya harap Kawan2 yang merokok sila la berhenti secepat yang mungkin....mana tahu kawan2 boleh hidup lama lagi.

Sebut perkataan ni selalu "TAK NAK" merokok

4 ulasan:

  1. thanks 4 d advice.. :)

    http://kchhitam.blogspot.com/2011/03/mandul.html

    BalasPadam
  2. hye....nice opinion lah...
    kalau sudi jenguk2 lah my blog...
    follow awk nie...
    salam perkenalan....

    http://nikaviolet88diary.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. Kalau kat kotak rokok tu mcm-mcm gambar ngeri mengenai kesan rokok keatas badan..tapi perokok masih tak sedar..Huh! Say NO to ROKOK

    BalasPadam
  4. SiS PuN BeNCi RoKoK!~ JoM JoiN KeMPeN 'KaTeRKaN TaKNaK PaDeR RoKoK'!~ (^_____^)V

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari Blog Ini