Follower

Selasa, 25 Januari 2011

Adakah kawan2 Tahu 20% Rakyat Malaysia Mengalami Kegemukan?

Kawan2 tahu tak pada tahun 2006, satu kajian telah dijalankan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan menunjukkan hampir 20 peratus penduduk dewasa dan 21 peratus kanak-kanak di negara ini mengalami ‘Masalah 3G’ iaitu Gebu, Gempal dan Gemuk.

Kajian itu menunjukkan satu juta atau 18.8 peratus wanita berusia 25 hingga 64 tahun adalah gemuk, manakala bagi lelaki sebanyak 13.9 peratus atau 850,000 orang.

Ini bermakna bagi setiap 100 orang di kalangan mereka yang berumur  25 hingga 64 tahun, terdapat 14 orang lelaki yang gemuk sementara  bagi wanita pula seramai 19 orang. Trend obesiti yang serupa, katanya, turut melanda kanak-kanak.

Kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke atas 12,000 murid sekolah di Semenanjung Malaysia menunjukkan 10.5 peratus daripada mereka berlebihan berat badan dan enam peratus dikategorikan sebagai gemuk.

Kalau dulu mungkin orang yang gebu, gempal serta gemuk dikatakan  sihat dan sejahtera tetapi kini tidak lagi kerana ia menjurus kepada bahaya dan bencana.

Gejala 3G sekarang sudah menjadi masalah kesihatan yang semakin serius, justeru langkah-langkah pencegahan perlu dilaksanakan oleh semua pihak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari Blog Ini