Follower

Rabu, 23 Mac 2011

Bank mampu beri pinjaman

Bank mampu beri pinjaman

Sektor perbankan berada dalam kedudukan yang baik untuk membuat penilaian kemampuan dan kepercayaan kredit peminjam di bawah ‘Skim Rumah Pertamaku’.
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, tiada risiko bagi kualiti pinjaman isi rumah daripada skim itu kerana tumpuan adalah bagi kumpulan sasaran yang berkemampuan.

“Pengesahan kemampuan adalah sangat penting dan bagi sektor perbankan ia berkedudukan baik untuk membuat penilaian dan ia juga tahu pendedahan kredit peminjam,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi taklimat mengenai Laporan Tahunan 2010 BNM dan Laporan Sistem Pembayaran dan Kestabilan Kewangan 2010 di sini semalam.
Menurutnya, terdapat ramai golongan muda yang mempunyai jaminan kerja, prospek dan arus pendapatan yang baik, kombinasi suami dan isteri yang layak untuk memeterai perjanjian pinjaman bagi membeli hartanah di bawah skim tersebut.

Di bawah skim berkenaan, golongan muda yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan boleh mendapat pembiayaan 100 peratus untuk membeli rumah yang menelan kos antara RM100,000 dan RM220,000 dengan tempoh pembayaran semula sehingga 30 tahun, katanya.

Info from "Kosmo"

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cari Blog Ini